Logo dahulu dan kini Ntv7

Ia telah menukar logo selama sebanyak 5 kali, bertarikh 1998, 2000, 2001, 2006 dan logo sekarang. Di antara tahun 2012 hingga 2015, logo ntv7 mempunyai dua warna; satu versi asal ungu, dan satu lagi adalah versi merah yang boleh dilihat pada program promo rancangan berbahasa Cina yang disiarkan di ntv7. Logo ntv7 yang diperkenalkan pada Mac 2018, menggugurkan bulatan nombor 7 setelah sekian lama digunakan.

  • Logo pertama ntv7 digunakan pada tahun 1998-2000
  • Logo kedua ntv7 digunakan pada tahun 2000 - lewat 2001
  • Logo ketiga ntv7 digunakan pada lewat 2001- Julai 2006
  • Logo keempat ntv7 ini setelah pengambilalihan Media Prima Berhad. Logo ini digunakan pada Julai 2006-2012
  • Logo kelima ntv7 digunakan pada tahun 2012-2018
  • Logo pertama ntv7 versi Cina digunakan pada tahun 2012-2015 yang hanya digunakan di promo rancangan berbahasa Cina
  • Logo ke-enam ntv7 digunakan sejak 5 Mac 2018.